Artis Indonesia kantoi beraksi panas di dalam Pesawat?

Babak hangat itu berlaku dalam pesawat ketika pulang ke negaranya. Figura jelita itu datang ke Malaysia atas undangan menjadi juri satu program. 
gambar hiasan google
Kata si penyampai yang menyaksikan kejadian itu, dia tak sangka pelakon itu langsung tak ada rasa malu hingga tidak hirau mata memandang perlakuan melampau bersama teman lelakinya. 

Ada ke patut bermesra seolah-olah mereka ada dalam bilik, walhal mereka berada dalam pesawat! Sepatutnya dia belajar daripada kesilapan lepas, tetapi nampak gayanya perkara mengaibkan itu langsung tidak buat dia insaf, sebaliknya makin ‘mengganas’.
Kalau dulu buat perkara tidak senonoh dalam bilik, sekarang berani tayang terang-terangan dalam kapal terbang. Mungkin dia fikir duduk di tempat bisnes tidak ada yang akan ambil tahu, sedangkan yang berlaku sebaliknya.
Ia jadi ‘kenangan’ tidak dapat dilupakan buat mereka yang memandang dan terpandang, malah lebih parah jadi buah mulut. 

Itulah jadinya bila bertuankan nafsu. Hilang segala rasa malu hingga tergamak bersikap keterlaluan secara terbuka. - hmetro

Gadis Mengandung Selepas Pakai Selimut Adik Lelakinya

  gambar hiasan

Alor Pongsu : Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun terkejut apabila diberitahu doktor bahawa diamengandung semasa dia sedang buat pemeriksaan kerana tidak datang haid.

Selepas disoal siasat , gadis itu mengaku tidak pernah melakukan persetubuhan.

Ditanya tentang perkara perkara yang berlaku dalam tempoh sebulan , gadis itu mengakui bahawa dia pernah menggunakan selimut kepunyaan adik lelakinya yang berumur 15 tahun.

Pakar Perubatan mengesahkan bahawa , gadis itu mengandung selepas menggunakan selimut adiknya yang mengandungi sperma hidup.

Panas ~ Fazura Ambil Bekas Neelofa?

Baru-baru ini Sha dengar desas-desus pelakon terkenal ditawar untuk menggantikan tempat Neelofa sebagai pengacara musim baru program Nona. 

Selebriti itu adalah si jelita, Fazura. Khabarnya lamaran sudah dihulur produksi, tinggal hanya menanti jawapan daripada empunya diri sama ada bersetuju atau tidak. 

Difahamkan, setakat ini belum ada maklum balas, barangkali Fazura perlukan lebih masa untuk pertimbangkan tawaran itu. 



Maklumlah, bukan senang memikul tugas sebagai pengacara Nona. Cabarannya besar, malah menuntut komitmen masa yang tinggi. 

Secara peribadi, Sha melihat Fazura calon pengganti sesuai kerana dia ikon fesyen dan punya pesona tersendiri. Lagipun, dia sudah biasa mengacara sebelum ini. 

Dengan pengalaman yang ada, Sha yakin dia mampu menggalas tugas ini dengan baik. Sha pun percaya pasti ramai pengikut Faz merindui kehadirannya sebagai pengacara.



Credits: hmetro.com.my